Info ringkas tentang Kelantan Gold.
Kelantan Gold merupakan satu brand baru produk emas tulen di pasaran. Sekarang ini kita dapat lihat bermacam-macam brand produk emas pelaburan (fine gold) dalam market, namun rata-rata dan kesemuanya masih boleh dianggap baru. Gelombang kesedaran dan kefahaman di kalangan masyarakat terhadap potensi emas adalah hasil usaha pihak-pihak tertentu dalam mendidik dan menyebarkan ilmu berkaitan potensi sebenar emas sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Maka hasilnya telah permintaan yang tinggi terhadap emas tulen. Keadaan ini menyebabkan tumbuhnya banyak syarikat yang mula menawarkan produk emas mereka sendiri bagi memenuhi permintaan yang semakin rancak. Situasi sebegini bagus pada pandangan saya kerana ia mengelakkan monopoli dalam pasaran dan memberi pilihan kepada pelangan di luar sana mendapatkan produk emas tulen yang berkualiti dengan harga yang berpatutuan.
Kelantan Gold digerakkan oleh dua syarikat yang pakar dalam bidang masing-masing. Paradise Fine Gold Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik bumiputera muslim sepenuhnya. Ianya diterajui oleh beberapa individu pakar dan berpengalaman luas dalam bidang pemasaran khususnya produk berkaitan emas. Syarikat inilah yang bertanggungjawab penuh dalam membina dan juga mengurus sistem agensi yang mantap lagi 'transparent' buat mereka yang berminat menjadi pengedar atau wakil jualan produk emas di bawah brand 'Kelantan Gold'.
Kelantan Gold digerakkan oleh dua syarikat yang pakar dalam bidang masing-masing. Paradise Fine Gold Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik bumiputera muslim sepenuhnya. Ianya diterajui oleh beberapa individu pakar dan berpengalaman luas dalam bidang pemasaran khususnya produk berkaitan emas. Syarikat inilah yang bertanggungjawab penuh dalam membina dan juga mengurus sistem agensi yang mantap lagi 'transparent' buat mereka yang berminat menjadi pengedar atau wakil jualan produk emas di bawah brand 'Kelantan Gold'.
Sebuah lagi syarikat yang menunjangi Kelantan Gold adalah Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd. Ia mempunyai rangkaian kedai emas yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung milik 100% Bumiputra Melayu Muslim. Selain mempunyai rangkaian kedai emas di negeri Kelantan, Sri Ayu juga membuka beberapa cawangannya di negeri-negeri lain, antaranya di Terengganu, Pahang dan juga Perak. Syarikat Sri Ayu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengeluar dan membekal produk emas Kelantan Gold. Sri Ayu juga yang mengawal harga emas harian yang dipaparkan melalui internet dan di'update' pada setiap hari.
Hasil dari pengalaman dalam perniagan emas yang melebihi 20 tahun lamanya, Kedai Emas Sri Ayu kini dilengkapi dengan teknologi-teknologi dalam penghasilan produk emas perhiasan (barangan kemas) yang canggih dan seterusnya memberi peluang kepada syarikat Sri Ayu mengeluar dan membekalkan siri produk emas tulen (Assay Metal) Kelantan Gold yang terdiri dari Gold Bar, Dinar dan juga barang kemas 999 dan 916 yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
Produk utama Kelantan Gold merangkumi koleksi premium emas tulen iaitu Kelantan Dinar, Kelantan Gold Bar dan i-Jewell 999 dan 916. Berdasarkan harga yang amat berpatutan dan kualiti yang tinggi, saya yakin Kelantan Gold bakal menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia terutamanya di kalangan pembeli Melayu Islam.
Kedua-dua syarikat Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd. dan Paradise Fine Gold Sdn. Bhd. berpusat operasinya di Kota Bharu. Masing-masing memfokuskan bidang kepakaran masing-masing. Di mana Sri Ayu beroperasi di Jalan Temenggong, Kota Bharu (HQ) & Paradise pula beroperasi di Jalan Yahya Petra, Wisma Gemilang, Kota Bharu (HQ).
Sebelum saya akhiri coretan ringkas saya kali ini, ingin saya tegaskan bahawa peluang yang disediakan oleh Kelantan Gold tidak wajar dilepaskan, malah amat rugi rasanya jika lihat sahaja tanpa buat apa-apa. Kalau tidak sebagai penjual, jangan lepaskan peluang memilikinya kerana dengan menyimpan emas, masa depan anda, keluarga juga negara akan selamat. InsyaAllah...
Sahabat-sahabat yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi saya melalui email atau message fb atau boleh juga terus call saya di talian 016-221 4280.
Saya juga menjemput sahabat-sahabat sekalian ke 'Group Facebook KelantanGold' (http://www.facebook.com/groups/zahidisa/) untuk berbincang & mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkaitan info tentang emas dan juga produk emas Kelantan Gold (KG).
Salam kejayaan buat sahabat-sahabat semua... All the best!