Assalaamualaikum sahabat semua, salam ukhuwwah...
Pertamanya jutaan terima kasih kerana sudi datang bertandang ke blog Kelantan Gold yang baru saya wujudkan. InsyaAllah mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda maklumat berkaitan emas secara umumnya dan Kelantan Gold secara khusus. Ada banyak tips, strategi serta ilmu berkaitan emas yang ingin saya kongsikan. InsyaAllah moga saya diberikan kekuatan & kesempatan masa untuk berterusan menulis apa saja maklumat berkaitan dengan emas. Harapnya memberi manafaat buat diri saya juga sahabat-sahabat semua. InsyaAllah...
Sebagai pembuka bicara, mungkin anda ingin menegenali saya dengan lebih dekat. Nama saya Zainal Rashid Bin Isa, kawan-kawan panggil Zainal atau Nal, manakala dalam keluarga & di kalangan saudara mara selesa panggil saya Rashid atau Sid. Sekarang ini saya bekerja sebagai kaunselor berdaftar & usahawan sepenuh masa. Dulunya saya pernah bekerja sebagai kaunselor di salah sebuah IPT, pertengahan tahun 2007 ambil keputusan berhenti & mula berniaga sendiri. Saya juga banyak terlibat dengan program motivasi, kaunseling & juga psikologi di samping program-program perniagaan & keusahawanan atas talian (online). Sekarang saya mula terlibat secara aktif sebagai peniaga emas dengan berdaftar sebagai wakil jualan dengan sebuah syarikat Melayu Muslim yang baru saja beroperasi iaitu Kelantan Gold (boleh rujuk post saya tentang Kelantan Gold).
Memandangkan blog ini fokus pada emas, maka artikel pertama saya ini, ingin saya berceloteh sedikit tentang pengalaman silam saya berkaitan dengan emas. Saya mula tahu & sedar akan potensi emas sebagai penyimpan nilai sejak saya kecil lagi. Kebetulan emak saya merupakan pengumpul barang kemas yang tegar. Cinta & minatnya terhadap emas amat ketara. Masih segar dalam ingatan, saya mengikuti emak saya ke kedai pajak (cina) untuk melakukan gadaian barang-barang kemasnya bagi mendapatkan sejumlah wang sebagai modal pusingan dalam perniagaannya. Bila dapat je untung beliau terus tebus barangan kemas tersebut & segera menambah simpanan emasnya tanpa mengira berapa harganya 'time' tu...
Selain dari menggunakan emas yang dimilikinya untuk mendapatkan wang tunai sebagai pusingan modal dalam perniagaannya, emak saya juga ajar saya gunakan Pusat Gadaian ar Rahnu untuk membayar yuran masa belajar si sebuah kolej (kadang-kadang pinjaman pelajaran dapat lambat). Selain dari itu, pusat gadaian juga menjadi tempat emak saya mencairkan asetnya buat sementara bila raya dah nak tiba. Baju baru untuk menyambut raya buat saya & adik tidak menjadi masalah... Terima kasih mak! :)
Pengalaman yang pertama pergi ke Pusat Gadaian Islam di Kuala Terengganu masih segar diingatan. Pada awal pembukaannya suasanya lenggan dan masih tak ramai orang yang datang. Masa tu masih ramai yang tidak tahu adanya Pusat gadaian Islam dan masih ramai yang berurusan di kedai gadaian bukan Islam. Namun selang beberapa bulan sahaja, pelanggan makin berduyung dan terpaksa beratur mengambil nombor di kaunter. Saya biasa menunggu sehingga 4 ke 5 jam, sempat juga keluar minum dulu dan pekena nasi minyak di bangunan belakangnya. Biasa la... walau susah dan memboringkan, saya lebih rela dari berurusan di kedai pajak gadai yang mengamalkan urusniaga riba dengan kadar upah yang melampau.
Selama ini ramai yang berkunjung ke Pusat Gadaian bukan Islam, masyarakat tiada pilihan walau cara pengiraan dan keuntungan menyebelahi tuan kedai terutamanya bagi mereka yang tidak berkemampuan. Ramai yang terpaksa tolak atau jual barang kemas kesayangan mereka kepada kedai pajak gadai kerana tak mampu bayar upah bulanan yang mahal, kecuali bagi mereka yang berniaga seperti emak saya, kebanyakkan tujuan buat gadai untuk modal pusingan dalam perniagaan, bila dapat untung segera tebus! Saya perasan ramai juga kedai pajak gadai bukan Islam yang mengambil kesempatan atas pelangan yang tidak begitu faham dan hidup susah...
Sepanjang berurusan di Pusat Gadaian Islam, saya boleh bandingkan situasi & cara pengurusannya dengan kedai pajak gadai bukan Islam. Cuma bilangannya yang amat terhad membuatkan masa menunggu agak lama dan membosankan. namun rasa syukur tak terhingga dengan adanya Pusat Gadaian Islam, keadilan bagi pihak yang menggadai terjaga dan tidak dianiaya. Emak saya yang selama ini berkunjung tetap kedai pajak bukan Islam telah beralih arah ke Pusat Gadaian Islam walau jaranya agak jauh dan pengurusannya memakan masa. Urusniaga riba dapat dielakkan, rezeki bertambah berkat. Alhamdulillah...
Saya bangga menjadi rakyat Terengganu walau dilahirkan di Kelantan. Kedua-dua negeri ini amat dekat di hati walau di mana saya pergi dan menetap mencari rezeki. Demikian coretan kisah silam saya yang masih berlegar dalam ingatan, tak mungkin terpadam. Nostalgia bersama emak saya yang cekal berusaha dan bersusah payah mencari rezeki dan juga pengalaman terlibat dengan logam emas sejak kecil lagi...
Jangan lupa berkunjung lagi ya, banyak kisah, info, tips & strategi berkaitan dengan emas saya ingin kongsikan dengan anda semua. Blog ini baru saya 'setup' hari ini, banyak lagi update akan saya lakukan agar ianya menarik, senang dibaca & mudah difahami... Matlamatnya untuk menyampaikan info juga ilmu berkaitan emas secara santai & berkesan.
Salam ukhuwwah & jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment